Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat bagi seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, serta ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Ilmu Resam Al-Quran merupakan salah satu ilmu yang sangat penting dalam bidang Al-Quran. Ilmu ini membahas tentang kaedah dan aturan penulisan mushaf seperti yang ditulis pada zaman khalifah Uthman bin Affan r.a.. Para ulama sepakat bahawa penulisan Al-Quran mengikut resam Uthmani adalah bersifat tawqifi (berdasarkan ketetapan wahyu) dan tidak boleh diubah kerana ia telah disusun oleh para sahabat di bawah bimbingan Nabi Muhammad ﷺ.
Tujuan utama ilmu ini adalah memelihara tulisan asal Al-Quran agar tetap terjaga daripada sebarang perubahan atau penyelewengan. Ilmu ini juga merangkumi beberapa kaedah khusus dalam penulisan Al-Quran seperti kaedah tambahan (ziyadah), pengurangan (hadhf), perubahan huruf (badal), penulisan hamzah, serta aturan pemisahan (mafsul) dan penyambungan (mawsul) dalam ayat-ayat tertentu.
Mempelajari ilmu Resam Al-Quran sangat penting bagi sesiapa yang ingin mendalami ilmu Al-Quran agar dapat memahami dan membaca kitab suci ini dengan tepat dan sesuai dengan penulisan yang diwarisi sejak zaman sahabat. Semoga kita semua diberi kefahaman dalam ilmu ini dan dapat mengamalkan isi kandungan Al-Quran dengan sebaiknya.
Wallahu a‘lam.
No comments:
Post a Comment