Friday, January 24, 2025

Definisi Al-Quran

    Al-Quran secara bahasa berasal dari perkataan "قرأ"yang bermaksud membaca.Menurut istilah pula, Al-Quran ialah kalamullah yang mengandungi mukjizat,diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui malaikat Jibril a.s secara mutawatir,yang terpelihara keasliannya dan menjadi petunjuk hidup bagi umat manusia.Ia bersifat syumul dan pelengkap kepada kehidupan manusia kerana lengkap berkaitan akidah,ibadah,muamalah dan sebagainya.

    Al-Quran merupakan satu kitab yang tiada bandingannya dengan yang lain malah ia dijamin oleh Allah bahawa ia akan kekal terpelihara hingga kiamat dan sesiapa yang membacanya dikira ibadah.Susunan Al-Quran terdiri daripada secara keseluruhannya  :

  • 30 juzuk 
  • 114 surah
  • 60 hizib
  • 240 maqra
  • 6.236 ayat
  • 77,437 kalimah 
  • 323,671 huruf 

Al-quran diturun secara mutawatir dengan menggunakan lafaz Arab dimulai dengan al-Fatihah dan diakhiri dengan surah An-Nas.


Peranan Al-Quran dalam Kehidupan



    Al-Quran merupakan panduan hidup umat Islam yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan.Pelbagai keunikan dan ciri istimewa yang terdapat dalam Al-Quran iaitu dari segi sastera,bahasa,kaedah penulisan dan sebagainya.Dari segi hukum dan syariah, Al-Quran memberikan petunjuk tentang hukum-hukum Islam yang meliputi ibadah, muamalah, dan akhlak. Dalam aspek aqidah, Al-Quran mengajarkan tauhid, sifat-sifat Allah, dan kisah para nabi untuk memperkukuh iman.

    Al-Quran juga mengatur ibadah seperti salat, zakat, puasa, dan haji, sebagai panduan dalam mendekatkan diri kepada Allah. Dari sudut pendidikan dan adab, Al-Quran mendidik manusia tentang cara hidup yang baik, menjaga hubungan sesama, dan membentuk masyarakat yang harmoni.

    Untuk memahami isi kandungannya, diperlukan tafsir yang menjelaskan maksud ayat, sebab turunnya (asbabun nuzul), dan cara mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Dengan memahami Al-Quran, umat Islam dapat menjalani kehidupan yang lebih terarah, penuh hikmah,membentuk akhlak mulia dan mendekatkan diri dengan Allah, menjadikan setiap langkah bermakna untuk dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment

باب الحذف في كلمات تحمل عليها أشباهها

١٢٩- وَهَاكَ فِي كَلِمَاتِ حُذْفُ كُلِّهِمِ وَاحْمِلْ على الشَّكْلِ كُلَّ البَابِ مُعْتَبِرَا قاعدة : احذف الكلمات الآتية عن جميع رواة الرس...